Khamis ini kita ke Parlimen ya Pakcik Pakcik tak ada kasut encik baju kemeja pun lama dah tak pakai

“Khamis ini kita ke Parlimen ya Pakcik?”
“Pakcik tak ada kasut encik, baju kemeja pun lama dah tak pakai”
Hari ini, kami bawa keluarga Siti Noor Aishah ke Parlimen. Satu sidang media diadakan berkenaan kes tersebut.
Kami juga berhasrat menghantar memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, namun tidak berkesempatan berjumpa beliau.
Penting untuk kita terus beri tekanan atas isu ini hingga Aishah dibebaskan. Sekurang-kurangnya, ia beri kekuatan kepada keluarga untuk terus bertahan.
Mohon doa buat kekuatan keluarga, dan untuk kita semua.
#BebasAishah
#MansuhSOSMA

发表评论

邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注