JEMPUTAN BUAT ANAK MUDA SEMUA BANGSA Kata Herbert Hoover Older men declare war

JEMPUTAN BUAT ANAK MUDA SEMUA BANGSA
Kata Herbert Hoover, ‘Older men declare war. But it is youth that must fight and die. And it is youth who must inherit the tribulation, the sorrow and the triumphs that are the aftermath of war’.
Anak muda sejak sekian lamanya menjadi buah catur, menjadi korban didalam perang politik. Sehingga hari ini, kesan dari perebutan kuasa, dan pertelingkahan yang berlaku sejak sekian lama dapat kita rasai.
Berbanding dengan 15 tahun dulu, rata-rata anak muda hari ini tidak mampu lagi memiliki aset kekal; rumah sebagai contoh. Gaji lepasan universiti hari ini, berbanding lepasan universiti 10-20 tahun dulu, tidak banyak bezanya. Sedang nilai matawang kita, terus jatuh merudum dari sehari ke sehari.
Kualiti pendidikan kita pula, berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh PISA, meletakkan Malaysia di tangga ke-2 terburuk di Asia Tenggara, apatah lagi di dunia. Pendidikan hari ini, cuma sebuah perniagaan yang menguntungkan sesetengah pihak.
Jurang kemiskinan, diantara kaya dan miskin semakin melebar. Masaalah sosial semakin meningkat. Hutan-hutan kita digondol atas nama keuntungan dan pembangunan. Bukan kita anti kepada pembangunan, namun penggondolan hutan secara tidak terancang, pembalakan yang tidak terkawal, telah merosakkan ekosistem semula jadi.
Semua pihak menuding jari diantara satu sama lain. Kita tahu benar ini terjadi kerana perebutan kuasa politik.
Akhirnya anak muda menjadi mangsa diatas semua ini. Pandangan kita pula, terus sahaja dibakul sampahkan.
SOLUSI
Ini masanya untuk anak muda mencorakkan semula masa depan kita bersama. Dicelah-celah kepincangan ini, masyarakat mendambakan pembaharuan. Anak muda wajib memikul tanggungjawab ini. Ini masanya anak muda mengenepikan perbezaan, lalu bersama berganding bahu untuk membangunkan Malaysia yang baru.
Kebencian tidak akan membawa perubahan, kebencian tidak akan membawa apa-apa, tetapi rasa cinta yang besar pada tanah ini, bangsa ini, serta kemanusiaan yang tidak mengenal agama dan warna kulit.
KONGRES
Demi Malaysia menyeru kepada anak muda semua bangsa, untuk hadir bersama dalam Kongres Anak Muda Malaysia 2017, yang akan berlangsung pada 13 & 14 Mei 2017, bertempat di Dewan Auditorium, Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor.
DAFTAR SEKARANG DI : www.demimalaysia.net/kamm2017
#KAMM2017

发表评论

邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注