Sedih sebenarnya bila ada yang tidak melihat kes Siti Noor Aishah dari sudut kemanusiaan tapi hanya dari sudut benar salah

Sedih sebenarnya, bila ada yang tidak melihat kes Siti Noor Aishah dari sudut kemanusiaan, tapi hanya dari sudut benar/salah. Lebih-lebih lagi jika dia mengaku aktivis.
1. Apa yang berlaku pada Aishah, sama ada benar Aishah punya kecenderungan atau tidak, hanya memperkuat dan mempercepat proses radikalisasi keatasnya. Ia bukan sekadar soal benar atau salah.
2. Salah seorang pemimpin Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahiri, yang bertanggungjawab meletupkan kedutaan Amerika di Yemen pada 2008, melalui proses radikalisasi didalam tahanan.
3. Menurut pakar kriminologis, Dr Mark Hamm, keadaan dalam tahanan lah sebenarnya punca proses radikalisasi berlaku, bukan doktrin agama.
4. Namun kita pula, punya kecenderungan yang besar, untuk menghukum seseorang, berbanding melihat isu ini dalam konteks yang lebih besar. Sedang yang perlu ditekankan sebenarnya, adalah proses rehabilitasi, selain prosedur penahanan yang tidak adil.
5. Kita gagal melihat, bahawa Aishah, serta tahanan yang lain, akhirnya akan kembali kepada masyarakat selepas dibebaskan. Proses yang tidak adil, selain penderaan fizikal dan mental yang berlaku semasa dalam tahanan, mendatangkan bahaya yang besar dikemudian hari.
6. Kita gagal melihat, bahawa undang-undang seperti SOSMA, POTA dan POCA, punya ruang untuk disalahguna.
7. Proses rehabilitasi kita, gagal menekankan aspek pendidikan, vokasional dan psikososial.
8. Rehabilitasi di dalam tahanan hari ini, cuma merupakan kuliah bulanan Ustaz Zamihan, yang secara peribadi saya rasakan, juga memiliki pandangan yang agak ekstrim.
9. Hak asasi manusia dan keadilan bukan hanya terpakai untuk satu kelompok individu. Ia milik semua manusia, tanpa mengenal agama, latar belakang dan warna kulit.
10. Semoga kita semua terlindung dari ancaman terrorisme dan ekstrimisme.

发表评论

邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注