LUCU Negeri ini lucu Si korup Bicara soal korupsi Negeri ini lucu Mereka bicara soal kebebasan bersuara Sedang mereka yang menyekat dan memaksa pendapat

LUCU
Negeri ini lucu,
Si korup,
Bicara soal korupsi.
Negeri ini lucu,
Mereka bicara soal kebebasan bersuara,
Sedang mereka yang menyekat dan memaksa pendapat.
Negeri ini lucu,
Mereka yang berpecah-pecah,
Lalu dituduhnya rakyat tak mahu berubah.
Negeri ini lucu,
Katanya berjuang hak asasi,
Sedang hanya berjuang untuk kelompoknya sendiri.
Negeri ini lucu,
Pemudanya longlai,
Lemah,
Lembik.
Pemuda terus sahaja dipijak,
Maruah dikoyak-koyak.
Khabarkan pada mereka,
Jika negara ini negara Sosialis,
Aku adalah seorang Liberal-kapitalis,
Jika negara ini negara Kapitalis,
Maka aku adalah seorang Marxist.
Aku akan sentiasa berbeza dengan pemerintah,
Aku tak peduli.
Katakan aku gila,
Namun tugas pemuda,
Harus sentiasa berbeza.
Yang lapar, jangan di bagi teori.
Bagi nasi!
Kata Karl Marx, “Aku bukan seorang Marxist”.

发表评论

邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注