Aku bukan aktivis kata seorang teman Kononnya perkataan itu dilihat poyo Sedang dia sendiri tahu dia sedang beraktivisme

‘Aku bukan aktivis’, kata seorang teman. Kononnya perkataan itu dilihat poyo. Sedang dia sendiri tahu, dia sedang beraktivisme.
‘Aktivis’ bukan perkataan yang sakral, bukan perkataan suci. Ia cuma satu nama yang diberikan, untuk orang-orang yang beraktivisme, atau berbuat sesuatu atas satu-satu tujuan. Kamu, yang cuba menjadikan ia sakral.
Seperti seorang yang kerjanya menyapu sampah, dia dipanggil ‘tukang sapu’, atau seorang yang kerjanya memasak, dia dipanggil ‘tukang masak’.
Tak ada yang istimewa dengan perkataan aktivis. Menjadi aktivis tidak menjadikan kamu lebih baik. Ia baik, tapi tak menjadikan kamu lebih baik dari orang lain. Malah tukang sapu itu mungkin lebih baik dan mulia.
Dia bekerja untuk pembangunan sukan, dia aktivis sukan. Dia bekerja untuk menjaga alam sekitar, dia aktivis alam sekitar. Hatta dia bekerja untuk parti politik, UMNO contohnya, dia adalah aktivis UMNO.
Maka kamu, kalau masih bercakap perkara macam ni depan aku, aku akan sumbat jari tengah masuk dalam lubang hidungmu.

发表评论

邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注