Aku memandang kesatuan sebagai sesuatu yang luas besar

Aku memandang ‘kesatuan’ sebagai sesuatu yang luas, besar. Kalau kita benar ikhlas bercakap mengenai kesatuan, maka sudah tentu kita harus bersedia menerima perbezaan, dan perbezaan ini harus ditangani dengan membina jambatan-jambatan, asalkan sahaja matlamat akhirnya tetap sama.
Kerana kalau yang disatukan itu semuanya berfikrah yang sama, malah sedikit kuantitinya, itu bukan kesatuan, itu kelab ekslusif untuk ‘kawan-kawan’.
.………………………….……………………..
Pemuda memang sifatnya selalu berasa benar, keras kepala, dan sudah tentu, sedikit naif.
Namun jangan lupa, pada 1938, dalam pada masyarakat waktu itu merasakan tidak ada gunanya mencapaikan kemerdekaan, melawan penjajah British yang memberi pekerjaan dan bersenjata maju, malah sentiasa tidak percaya kita mampu memimpin sendiri, ‘kenaifan’ lah yang mewujudkan Kesatuan Melayu Muda, menghidupkan kembali semangat melawan kolonial.
Kenaifan, kadangkala tidak baik, namun kadang mampu menggerakkan kembali minda yang kaku.
………………………………………………….
Yang bahaya adalah orang politik, yang sentiasa merasa benar, tak mahu dikritik, dan merasakan, hanya dia, dan dia sahajalah solusi. Mutlak.
Yang bahaya ialah bukan orang politik, namun hakikatnya punya agenda dan cita-cita politik.
Yang bahaya, adalah apabila masalah peribadi, dipaksakan keatas orang lain.
………………………………………………….
Kata Soe Hok Gie, “Dalam politik tak ada moral. Bagiku sendiri politik adalah barang yang paling kotor, lumpur-lumpur yang kotor. Tetapi suatu saat di mana kita tak dapat menghindar diri lagi maka terjunlah. “
Soe Hok Gie tidak perlu orang lain untuk memaksanya membuat keputusan, dia membuat keputusannya sendiri. Bila Gie mengambil sikap, sudahkah dia menjadi seorang yang hilang moral dan kotor?
Ia, adalah pilihan masing-masing.
………………………………………………….
Baca semula dari atas.

发表评论

邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注