DIATAS ROBOHAN KOTA MELAKA 71 tahun yang lalu hari ini bermula Kongres ke 2 Parti Kebangsaan Melayu Malaya PKMM pimpinan Dr Burhanuddin Al Helmy serta kongres pertama sayap pemudanya Angkatan Pemuda Insaf API pimpinan Ahmad Boestamam

DIATAS ROBOHAN KOTA MELAKA
71 tahun yang lalu, hari ini, bermula Kongres ke-2 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmy, serta kongres pertama sayap pemudanya, Angkatan Pemuda Insaf (API), pimpinan Ahmad Boestamam.
Ketika inilah, 71 tahun yang lalu, Dr Burhanuddin melontarkan kata-kata keramatnya;
“Diatas robohan kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.”
Sayangnya, sejarah ini tidak aku temukan di buku teks sekolah. Kalau ada pun, mungkin sangat sedikit. Maka hal ini ketika itu, diambil ‘endah tak endah’, oleh aku, dan majoriti teman-teman sekolah.
Akhirnya sejarah ini terpaksa dikorek, digali dan dipertemukan sendiri.
Kongres ini juga menjadi satu titik sejarah, apabila sayap pemuda PKMM, API, mengambil keputusan untuk bergerak sebagai satu organisasi tunggal, dan tidak lagi bergerak sebagai sayap pemuda kepada PKMM. Dalam tempoh 1 tahun, API berjaya mengumpulkan lebih 15,000 keahlian.
API kemudiannya memainkan peranan yang besar, bersama-sama membentuk gabungan rentas kaum dan agama yang pertama, PUTERA-AMCJA, dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
23 Disember 2017, esok, diatas inisiatif bersama dalam Malaysia Muda, kita akan meraikan sambutan ke-71 Kongres Pertama Api. Ayuh anak semua bangsa, hadir dan kibarkan kembali obor perjuangan.
Mereka boleh menutup sejarah, tetapi kebenaran, akan terus hidup!
Muda, Insaf dan Kesatuan Nasional
#API71

发表评论

邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注