Beberapa hari lepas aku rasa terhina Aku terdengar mereka bicara seolah olah bait bait yang di lontarkan mereka di tujukan pada aku

Beberapa hari lepas aku rasa terhina.
Aku terdengar mereka bicara seolah olah bait bait yang di lontarkan mereka di tujukan pada aku. Memang sangat tepat di dada.
Manakan tidak, aku hormati mereka sebagai guru guru ku. Tapi kali ni aku rasa tercabar, bagai Jebat di cabar Tuah.
Sayup sayup kedengaran mereka berkata ” saya tengok awak takde girlfriend pun, awak gay ke? “. ” Mad, kau gay kan?”
Pergh seperti didihan air menggelegak di cerek yang mak kita lupa untuk mematikannya, begitu lah suasana hati dan perasaan aku ketika itu.
Jatuh maruah dan kredibiliti “lahanat dan bangsat” yang aku bawa selama ni.
Untuk membuktikan bahawa aku seorang lelaki, aku perlukan pertolongan sahabat sahabat handai sekalian.
Carikan lah aku “Bunga” yang harum mekar persis Mira Filzah, kenalkan aku padanya.
Kenalkannya padaku, aku mahu upahnya sebagai girlfriend upahan.
Untuk membuktikan pada guru guruku bahawa aku bukan seperti yang mereka imiginasikan.
Jika bangmad terhina, kau sebagai sahabat bangmad akan rasa terhina juga.
Berikan aku peluang untuk rasa manisnya dan kenal apa itu cinta.
Ku mendambakan sebuah kebebasan, iaitu bebas dari cinta yang tak beraturan.
Ikhlas dari si lahanat,
BangMad.

发表评论

邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注